Ahad, 26 Februari 2012

PERKHIDMATAN ONLINE NEGERI JOHOR

Perkhidmatan Online

Pejabat Setiausaha Kerajaan
    • Sistem Johor Aduan Awam Bersepadu (e-Jawab)
      Berfungsi sebagai salah satu medium untuk rakyat memberi maklumbalas dalam bentuk aduan, cadangan, pertanyaan dan penghargaan secara online kepada pejabat dan agensi Kerajaan.
    • Sistem Maklumat Latihan ICT Negeri Johor
      Sistem ini digunakan oleh penjawat awam negeri Johor untuk memohon hadiri kursus-kursus berkaitan ICT yang disediakan oleh Unit Sains Teknologi & ICT Negeri Johor.
    • Pendaftaran Online Vendor
      Sistem pendaftaran pembekal peralatan IT untuk Unit Sains Teknologi & ICT Negeri Johor
    • Sistem Maklumat Pelajar Praktikal
      Sistem ini masih diperingkat Beta. Digunakan oleh pelajar IPT untuk memohon latihan industri di jabatan Kerajaan. Hanya digunakan dua jabatan buat masa ini (Unit Sains Teknologi & ICT Negeri Johor, Unit Perancang Ekonomi Negeri Johor)
  • Pejabat Tanah dan Galian
    • Portal Online Payment
      Johor e-Payment Portal merupakan satu kemudahan yang disediakan oleh Kerajaan Negeri Johor kepada pengguna untuk membuat pembayaran bil atau tanpa bil secara online. Pada masa ini, bayaran secara online hanya boleh dibuat untuk pembayaran cukai tanah bagi tanah-tanah Negeri Johor.
  • Majlis Bandaraya Johor Bahru
    • MBJB Street
      Direktori Jalan Majlis Bandaraya Johor Bahru merupakan aplikasi GIS berasaskan internet dan web yang membenarkan pengguna untuk mengakses maklumat geospatial bagi jalan-jalan yang terdapat diseluruh zon jajahan Majlis Bandaraya Johor Bahru.
  • Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah
  • Majlis Perbandaran Batu Pahat
  • Majlis Agama Islam Johor (MAIJ)
    • Sistem Saham Wakaf Johor
      Saham Wakaf Johor diwujudkan adalah bertujuan untuk menggalakkan umat islam di negeri ini khususnya untuk mengamalkan ibadah berwakaf.
  • Lain-lain

0 ulasan:

Catat Ulasan